KOTA KINABALU, 4 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) perlu membayar penalti adat kepada Sabah berikutan langkah mendadak syarikat penerbangan itu menggantung penerbangan dari ibu negeri ini ke pelbagai destinasi antarabangsa baru-baru ini, kata Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah.

Bendaharinya, Roselan Johar Mohamed menyifatkan keputusan baru-baru ini oleh syarikat penerbangan nasional itu "suatu yang menyedihkan dan lari daripada peranan sebagai model contoh yang sepatutnya ditunjukkan mereka".

"Jika ia dianggap perlu untuk mengurangkan laluan yang tidak menguntungkan dalam Malaysia timur, maka MAS perlu membayar denda adat atau "sogit kepada Sabah dan Sarawak ... lagi pula kami yang terjejas," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Roselan, yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan BIMP-EAGA (Cawangan Sabah), berkata demikian sebagai mengulas mengenai penggantungan penerbangan MAS antara Kota Kinabalu-Osaka dari 6 Jan dan Kota Kinabalu-Perth mulai 31 Jan yang boleh menjejaskan industri pelancongan negeri.

Syarikat penerbangan nasional itu juga akan menggantung penerbangan Kota Kinabalu-Haneda mulai 1 Feb dan penerbangan Kota Kinabalu-Seoul dari 21 Feb sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasinya.

Roselan berkata sejak beberapa tahun yang lalu MAS telah mendapat sebahagian penduduk sebagai pelanggan setianya.

"Mereka setia dan sentiasa percaya terhadap MAS sebagai penghubung rakyat Malaysia.

"Rakyat mempunyai peluang untuk menggunakan syarikat-syarikat penerbangan lain, namun mereka masih memilih perjalanan dengan MAS. Apabila kita menggunakan MAS, ringgit kekal di Malaysia dan jika kita menggunakan pesaing, ringgit kita akan mengalir ke luar negara dan imbangan pembayaran akan terjejas.

"MAS perlu mempertimbangkan semua faktor ini serta tanggungjawab korporat apabila membuat keputusan. Sesuatu keputusan drastik hari ini boleh menjadi penyesalan di masa depan," katanya.

Roselan berkata mengurangkan laluan yang tidak menguntungkan bukanlah jawapan kepada mencatatkan keuntungan, tetapi "ia adalah bagaimana seseorang melihat operasi harus dijalankan. MAS mungkin lebih dewasa tetapi tidak bijak. MAS perlu banyak belajar dari AirAsia".


 

MAS Perlu Bayar Penalti Kepada Sabah, Kata Dewan Perniagaan Bumiputera
KOTA KINABALU, 4 Jan (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) perlu membayar penalti adat kepada Sabah berikutan langkah mendadak syarikat penerbangan itu menggantung penerbangan dari ibu negeri ini ke pelbagai destinasi antarabangsa baru-baru ini, kata Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah. Read more.

Saturday, January 5th, 2011
Kota Kinabalu: Industrial Development Minister Datuk Raymond Tan has assured the Borneo International Trade Fair (BITF) Organising committee of his and his ministry's support to the biennial event.
Read more.

Saturday, January 5th, 2011
KOTA KINABALU: DPBS bayar zakat perniagaan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam sebagai sebuah badan korporat yang bertanggungjawab melaksanakan tuntutan syariat Islam, DPBS Holdings Sdn. Bhd. syarikat pelaburan Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) telah menyerahkan RM30,000 wang untuk pembayaran zakat perniagaan di Bilik Mesyuarat, Wisma Muis di sini Isnin. Read more.