| |
SEJARAH SYARIKAT
DPBS HOLDING SDN. BHD. telah ditubuhkan pada 22hb. Februari, 1982. DPBS HOLDING SDN. BHD. adalah merupakan Syarikat Pelaburan milik penuh DEWAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA SABAH (DPBS) iaitu sebuah badan pertubuhan NGO yang mempunyai lebih daripada 1,500 orang ahli. DPBS adalah merupakan salah satu Dewan Perniagaan tertua di Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1972, bertujuan untuk membantu dan mengembangkan Bumiputera dalam industri perniagaan. DPBS Holding Sdn Bhd mempunyai Penjabat berdaftar di Blok E, Lot 28, Tingkat 2, Signature Office, KK Times Square, Off Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.
DPBS HOLDING SDN. BHD. ditubuhkan dengan tujuan untuk melabur dalam bidang ekuiti, di sektor perdagangan, perkhidmatan, pembangunan dan pembuatan. DPBS HOLDING SDN. BHD. komited untuk meningkatkan tahap penglibatan Bumiputera dalam bidang-bidang perniagaan yang diceburi dan memastikan peniaga-peniaga Bumiputera ini mempunyai daya saing yang yang tinggi, proaktif dan inovatif dalam segala bidang.
Kegiatan Utama DPBS HOLDING SDN. BHD. adalah melabur dalam bidang ekuiti dan mengadakan kerja-kerja usahasama dengan ahli-ahli DPBS. Terkini DPBS Holding Sdn. Bhd. melabur dalam bentuk ekuiti dalam penjanaan elektrik yang dimiliki oleh pihak swasta, mengadakan usahasama dengan syarikat swasta dalam memajukan dan mengurus medan selera, mengusahakan tanah kuari, Mengadakan perkongsian pintar dalam memajukan / membangunakan sector Hartanah dan membekalkan bahan pembinaan iaitu simen.
Dengan Modal dibenarkan sebanyak RM5 juta dan Modal Berbayar sebangak RM2.25 juta. DPBS HOLDING SDN. BHD. telah bertindak sebagai Projek Manager / Utama / Sub-Kontraktor kepada beberapa buah projek di negeri Sabah ini.
|
|