05/11/05

Home
Hubungi Kami
Stokis
Maklumbalas
Testimoni
Produk Kesihatan
Info Kesihatan
Pelan Pemasaran
Borang Keahlian

Info Kesihatan.

Usus Bermasalah Mengundang Penyakit

 Usus Kita
Usus  adalah  bahagian  badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya  untuk  membentuk  bahan  buangan  untuk  dibasmi  atau  dibuangkan.  Usus manusia  terdiri  daripada  usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa  proses  penghadaman,  sebahagian  besar  makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus.  Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses  pembuangan  yang  normal,  tetapi  masih  ada  sebahagian  daripadanya yang  melekat di atas dinding usus  yang  kemudiannya  menjadi  plag.   Plag  bendalir  ini  bukan  sahaja  menyekat  proses pembuangan  yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan  darah  dan  limpa  serta meracunkan sistem  keseluruhan.  Keadaan  ini  dikenali  sebagai  usus  toksin.  Jika badan terpaksa  mengeluarkan toksin  buangan  yang  berlebihan  untuk  sepanjang  masa,  maka  tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit.

 Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan  yang  dimakan  tidak  ditolenransi  dan  membawa masalah  kesihatan.  Jika  organ  utama  yang  bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit  dengan  mudah.  Apabila  badan  kita  tidak mengeluarkan  bahan  buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke  dalam  aliran  darah  dan  akhirnya  mencemarkan  semua organ badan.  Sebahagian tanda-tanda  yang nyata gejala toksin-toksin ini adalah : cirit birit, masalah sembelit,  keletihan,  sakit kepala,  mata menjadi kusam,  kulit yang bermasalah,  berbintik, sakit otot, masalah saraf, badan dan nafas berbau serta kelihatan murung.

Masalah Usus Dan Sembelit
Salah  satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit.  Sembelit bermaksud masa yang   lama   diambil   untuk  melakukan  proses  pembuangan  toksin.   Jika  masa  pengangkutan  ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus  dan  ini  akan  membenarkan  bahan-bahan  toksin  tersebut  menjadi  busuk,  menapai  dan  kemungkinan  diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin  ini,  lebih  besar  risiko  pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing  dan parasit.  Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.

 Apa Itu Penyahtoksifikasi?
Penyahtoksifikasi adalah proses pembersihan, peneutralan dan penyingkiran toksin daripada badan dan pembersihan  mukus  yang  berlebihan dan sesak.  Kebanyakkan toksin berasal daripada makanan kita, barangan kimia yang digunapakai dan juga dari pendedahan  kepada  alam  persekitaran.  Lemak  yang dioksida,  kolesterol,  radikal  bebas  dan molekul-molekul pencemar bertindak sebagai toksin di dalam badan kita. Penghadaman  yang tidak sempurna, usus yang bertindak lambat dan disfungsi, fungsi hati yang  lemah  dan  proses  pembuangan  melalui  ginjal, saluran pernafasan serta kulit yang lemah akan menambahkan toksin.

Penyahtoksifikasi  melibatkan  penukaran  diet  dan cara hidup yang boleh mengurangkan pengambilan dan memperbaiki pembuangan toksin.

Kelebihan Pembersihan Usus
Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang  utama.  Ia adalah jalan pemulihan yang penting.   Pembersihan  usus  yang  sempurna  adalah  penting  dan  merupakan   cara   utama   untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga.  Justeru  itu,  ia juga membolehkan sistem badan yang  lain  untuk  dibersihkan.  Apabila  anda membersihkan  usus  anda  dan  mengimbangkan  semula  bakteria  yang  baik  dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan  dan  penghasilan  vitamin  dalaman adalah  betul,  makanan  yang  tidak  ditoleransi  akan diperbaiki atau hilang. Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan  dengan  darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.

Pemakanan
- Kurangkan  memakan  makanan pedas, berasid tinggi dan yang mengandungi fiber yang tinggi (fiber
- liat/kasar).
- Lebihkan  memakan  sayur-sayuran  atau  ulam-ulaman  kampung  seperti  kacang  botol,  ulam raja,
- terung,  daun salang,  pegaga,  petai (sikit-sikit) dan sebagainya (sayur yang lambat tumbuh).  Begitu
- juga dengan buah-buahan seperti tembikai, rambutan dan sebagainya.
- Sayur-sayuran yang perlu dikurangkan pula ialah sayur-sayuran yang cepat tumbuh seperti bayam,
- cendawan (terutamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan) dan sebagainya.
- Bagi  buah-buahan  yang  perlu  dikurangkan  pula  ialah  buah-buahan   yang   masam   termasuklah
- cempedak,  ciku,  pisang  dan  sebagainya. Buah Seperti ciku mempunyai fiber yang kasar dan lama
- kelamaan  boleh  menghakis usus manakala buah pisang dan betik pula cepat busuk dan tidak  sesuai
- diambil berlebihan kerana ianya akan busuk didalam usus.
- Perbanyakkan  meminum  air mineral dan sebagainya (saranan : 7 hingga 8 gelas sehari).  Lagi bagus
-
sekiranya anda mempunyai Ozonizer kerana ianya mempunyai tenaga atom aktif oksigen.

Masalah Kulit

Definisi Kulit
Kulit  adalah deria yg paling besar keluasannya pada tubuh manusia berbanding deria2 lain seperti deria bau, rasa, dengar dan lihat. Oleh  itu ia merupakan organ  yang  sungguh  luar  biasa  yang  diciptakan oleh  Allah  S.W.T.  yang  berfungsi  sebagai  dinding bagi memelihara organ dalaman selain berfungsi sebagai penghantar isyarat dari dunia luar ke dalam tubuh.  Kulit merupakan deria  yang  sensitif  pada persekitaran  seperti  cahaya, kelembapan udara dan sebagainya  kerana dlm satu sm persegi kulit, ada 6 million sel, 5,000 sensor points, 100 liang peluh

Bahagian Kulit
Kulit  terbahagi  kepada  tiga  lapisan  iaitu  epidermis  (lapisan  terluar),  dermis  (lapisan  tengah) dan subcutaneous (laipsan yg paling dalam).  Epidermis berfungsi menghubungkan kita dengan dunia  luar atau persekitaran.

Punca-punca Masalah Kulit
1. Gangguan  tenaga sel hempedu di mana ia gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk mengeluarkan anti toksin yang sepatutnya menjadi penawar kepada toksin yang datang dari  pelbagai  makanan  yang berasid dan mengandungi toksik dari racun sayuran dan sebagainya.

2. Boleh  juga  disebabkan  gangguan  tenaga  sel  hati  di  mana ia gagal berfungsi dengan sepenuhnya untuk memproses bahan makanan untuk diserapkan kepada sel darah.

3. Kegagalan otak menghantar isyarat yang tepat untuk organ-organ  di  atas  bertindak  balas  dengan makanan yang dimakan.

4. Tahap  keracunan  dalam  darah yang tinggi hasil salah satu atau kombinasi ketiga-tiga sebab di atas lama kelamaan mencapai satu tahap di mana kesannya akan dikeluarkan melalui liang  roma  dan  kulit. Racun  inilah yang menjadikan rasa gatal,  merosakkan sel kulit selepas jangka masa yang panjang dan seterusnya mematikan sel2 kulit pada tahap kronik.

5. Ada   kemungkinan   akibat   daripada   gangguan   tenaga  luar  seperti  jin  dan  sebagainya.   Pada kebiasaanya, ia dapat dikesan jika seseorang yang mengalami masalah kulit yang tidak pulih  walaupun telah menggunakan pelbagai jenis ubat.

Kesan Radiasi / Pancaran Kepada Kesihatan Fizikal, Mental & Emosi

Kemajuan teknologi  moden  yang  berlaku hari demi hari telah mengubah gaya hidup manusia menjadi lebih mudah. Untuk ke sesuatu  destinasi  samada  yang  dekat  mahupun  yang  jauh  tidak  lagi  perlu menunggang  unta  atau  berjalan  berbulan-bulan  lamanya  untuk  sampai.  Dengan  terciptanya  enjin kenderaan, hanya beberapa jam sahaja masa yang  diambil  untuk  sampai  ke  sesuatu  destinasi  yang dituju.  Manusia  masa  kini boleh mengembara ke seluruh pelusuk dunia dengan hanya perlu menekan beberapa suis dengan kewujudan peralatan moden seperti televisyen (tv), komputer dan internet, radio dan sebagainya. Segala maklumat, rujukan, informasi dan sebagainya berada di depan mata tanpa perlu bersusah payah untuk ke sana ke mari. Begitu juga jalinan hubungan antara dua benua  terjalin  dengan kewujudan   peralatan   teknologi   moden   seperti  telefon  bimbit,  internet  dan  sebagainya.   Malah perlawanan bola sepak  di  Brazil  boleh  ditonton  secara  langsung  oleh  penduduk  Malaysia  dengan kewujudan satelit yang tidak terfikir oleh manusia terdahulu.

Namun  disebalik  kecanggihan  dan  kemudahan  yang  disumbangkan  oleh  teknologi  moden hari ini kepada manusia,  terdapat kesan negatifnya kepada kesihatan mental,  fizikal  juga  emosi.  Tanpa  kita sedari  sedikit  demi  sedikit  kesihatan  kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang  agak  kuat.   Pendedahan  yang  berterusan  kepada  pancaran  ini  boleh   meningkatkan   risiko keguguran,  kecacatan bayi,  beberapa  jenis  kanser,  leukemia dan lain-lain penyakit.  Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai,  tetapi  tetap  dilihat  ada  kaitannya.  Dari  segi  emosi,  seseorang  yang terdedah  secara  berterusan  pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.

Kabel elektrik,  transformer,  peralatan elektrik,  radar,  television,  enjin kenderaan, talipon bimbit dan semua peralatan yang menghasilkan medan  elektromagnet  yang  dianggap  bahaya  kepada  kesihatan mental, fizikal juga emosi.

Radiasi  elektrik  dan  radiasi  magnetik  adalah  berbeza, tetapi ia sering wujud secara bersama kerana semua alat  yang  menggunakan  kuasa  elektrik  mengeluarkan  radiasi  elektromagnetik.  Masalahnya material yang melindungi kita dari radiasi elektik tidak melindungi dari radiasi magnetik dan sebaliknya. Sangat  sedikit  produk  yang  melindungi  kita bila terdedah secara terus kepada radiasi magnetik.  Ini kerana  radiasi  magnetik  dapat  menembusi  kayu,  besi,  batu   dan   tentu   sekali   tubuh   manusia. Bagaimanapun  kita  bernasib  baik  kerana  kedua-dua jenis radiasi ini menjadi semakin lemah semakin jauh ia dari puncanya.

Sel  tubuh  mempunyai  tenaga elektrik halus yang dihasilkan melalui pergerakas elektron sel.  Elektron sel menghasilkan sistem  tenaga  yang  seimbang  dan  harmoni  untuk  membolehkan  sel  berhubung dengan sel-sel tubuh yang lain. Radiasi tenaga elektromagnetik asing yang berpunca dari talipon bimbit dan  peralatan  elektrik  yang  lain  mengganggu  dengan gelombang yang merosakkan sistem harmoni tubuh dan dalam jangka panjang merosakkan sistem komunikasi sel tubuh dan akhirnya  menyebabkan penyakit.

Masalah Bau Badan

Masalah bau badan boleh menimbulkan  rasa  kurang  selesa  biarpun  kepada  si  pembawa  mahupun orang disekeliling samada di rumah, tempat kerja, tempat awam dan sebagainya.  Selain itu ianya  juga boleh menghakis keyakinan diri seseorang yang mengalami masalah ini (bau badan) untuk  berhadapan dengan orang lain.

Sesuatu  penyakit itu biasanya saling berkait diantara satu sama lain. Jadi untuk mengatasi / mengubati sesuatu penyakit itu, kita perlulah mengetahui apakah punca sebenar sesuatu penyakit itu.

Masalah bau badan boleh terjadi akibat 2 faktor :

1. Sistem pencernaan bermasalah, tidak berfungsi sepenuhnya. Biasanya disebabkan juga oleh masalah hati/hempedu/ginjal di mana penapisan tidak berlaku sepenuhnya sehingga bahan  tersebut  dikeluarkan melalui peluh.

2. Kehadiran  bakteria  di  kawasan  peluh  yang  menjalankan  aktiviti  di  situ.  Bakteria  ini  juga  ada menghasilkan sisa-sisa perkumuhan, dan hasilnya juga mengeluarkan bau.

 

|Kembali|

 

Home | Hubungi Kami | Stokis | Maklumbalas | Testimoni | Produk Kesihatan | Info Kesihatan | Pelan Pemasaran | Borang Keahlian

This site was last updated 04/29/05