Guarana (BUAH AJAIB)

Guarana atau nama botaniknya “Paullinia Cupana” adalah sejenis tumbuhan rotan menjalar yang berasal dari basin Amazon di Brazil. Buahnya bergugus-gugus. Setiap gugus boleh mencapai 25cm panjang dan mengandungi lebih kurang 50 biji buah. Apabila masak warnanya akan bertukar menjadi merah dan seraput luar akan merekah. Setiap buah yang masak mengandungi 1-3 biji benih yang berbentuk biji mata.

 Lokasi Ladang Guarana

Brazil adalah satu-satunya Negara di dunia yang menanam dan menghasilkan Guarana. Cuaca dan keadaan geografinya paling sesuai untuk tujuan ini. Kawasan yang paling banyak menghasilkan Guarana ialah di sekitar Maues, sebuah bandar ke arah timur bandar Manaus. Pada tahun 1980, Maues membekalkan 80% keperluan kawasan seluas 6000 hektar telah ditanami demean Guarana.

 Kenapa Guarana dikenali sebagai BUAH ATMA JIWA.

Purata jangka hayat puak asli Red Indian di bandar Maues adalah lebih daripada 80 tahun. Menurut perangkaan yang dikemukan oleh Dr. Eduado, bagi setiap 1000 orang penduduk di Meaus, terdapat 3 orang yang umurnya lebih daripada 100 tahun. Faktor utama yang membantu mereka hidup hingga berusia lanjut begini ialah manfaat yang mereka perolehi dari Guarana yang tumbuh dengan banyaknya di kawasan ini. Jesteru, bandar Maues dikenali seluruh dunia sebagai “bandar panjang umur”.

Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita hidup hingga berusia lanjut. Kerana khasiatnya yang sangat tinggi, mereka yang mengamalkan memakan Guarana akan menjadi sihat, bertenaga, awet muda, dan hidup hingga lanjut usia. Kerana itu wajarlah Guarana ini digelarkan sebagai BUAH ATMA JIWA. 

Asal-usul Guarana

Terdapat satu dongeng di kalangan orang asli yang tinggal di basin Amazon mengenai asal usul Guarana. Kononnya ada seorang budak lelaki yang cerdik dari suku kaum Maues. Budak ini seorang periang, baik hati dan disayangi oleh semua orang. Ini menimbulkan perasaan dengki di kalangan jin. Satu hari, ketika budak itu sedang memetik buah-buahan di lereng bukit seorang diri, jin menjelma sebagai seekor ular bisa lalu mematuk budak itu dan menimbuskannya. Kemudiannya beberapa jenis pokok rotan yang tidak dikenali terjumpa di kawasan itu. itulah Guarana yang bentuknya macam bentuk mata seperti yang ada sekarang ini.

Satu dongeng lagi mengesahkan tentang seorang budak perempuan dari suku kaum Cibi bernama Pakuna. Gadis ini berasal dari sebuah keluarga miskin dan terpaksa bekerja untuk menampung kehidupan keluarganya. Dia mati dipatuk ular bisa dan mayatnya dikebumikan di belakang hutan. Beberapa tahun kemudian, di kubur Pakuna tumbuh sejenis pokok rotan yang tidak dikenali dan mengeluarkan buah. Buah-buah itulah sekarang ini dipanggil Guarana yang digunakan untuk membantu meningkatkan kesihatan manusia. 

Penemuan Guarana 

Pada tahun 1669, seorang mubaligh Jerman bernama Joao Felipe Betendorf, menjumpai Guarana semasa mengembara dalam hutan hujan di basin Amazon. Beliau membawa Guarana itu keluar dari hutan dan menjalankan penyelidikan ke atas buahnya. Hasil dari penyelidikan itu, seluruh dunia sekarang berpeluang menikmati buah yang sangat berkhasiat ini.

Apa kata para professional tentang Guarana?

Ø      Cendekiawan Perancis : Conseiu Duhhjalfa

   Menurut laporan beliau dalam “Guarana Products” (Guarana 0 Produto), Guarana adalah sejenis produk yang 100% organik. Ia mengandungi banyak jenis elemen organic seperti Guaranin dan Tanin.

Ø      Brasil : Dr. Berredo Carneiro

          Eropah : Dr. Martins Deehastelus, Peekalt Greene dan Dr. Nirsleiner

       Dalam tesis penyelidikan mengenai Guarana, mereka mengesahkan Guarana berkesan dalam menguatkan fungsi kencing,     perut dan usus, menurunkan kepanasan badan, memperbaiki system penghadaman dan struktur tisu organ dalaman, meningkat proses metabolisme dan serapan khasiat oleh badan serta merangsangkan keupayaan seks.

 Pengesahan para professional

Ø      Paul de Cointe, Ahli Biokimia

         Guarana bertindak seperti alat pendingin : menghilangkan darah gemuruh, mencegah penyumbatan saluran darah          arteri,menguatkan jantung dan mampu menyembuhkan sembelit, cirit-birit, migrain dan sakti saraf.

  Ø      Dr. Ana Aslan, seoragng pakar sakit orang tua

         Guarana adalah kunci kepada kehidupan sihat dan awet muda.

    Ø      Alexandre de Avila Borgas Junior, ahli farmasi.

         Guarana adalah sejenis produk kesihatan semulajadi. Ia tidak akan meyebabkan ketagihan ke atas produk ini dan tidak mempunyai apa-apa pantang larang untuk memakannya.

 Selamat untuk dimakan

Jabatan FDA di Amerika Syarikat dan Institut Pasteur di Perancis telah mengesahkan Guarana sebagai makanan kesihatan semualajadi. Fakulti perubatan Universiti St Paul juga menbuktikan Guarana adalah bebas dari segala unsur-unsur  racun. Analisa yang dibuat oleh Laerte dall’ Agnol, seorang ahli farmasi, ke atas kandungan Guarana mengesahkan Guarana adalah kaya dengan asid amino dan bebas dari segala unsur-unsur racun. Para pengguna diberi jaminan nikmat dan manfaat yang akan mereka perolehi menerusi pemakanan Guarana.

Vitamin dan Zat Galian dalam Guarana

Guarana adalah kaya dalam asid amino; banyak jenis zat galian, vitamin, karbohidrat, tanin dan alkaloid. Ia merupakan salah satu jenis tumbuhan yang paling berkhasiat dalam dunia.

Pelbagai jenis khasiat

 

 

 

 

 

 

Acid

Amino

-         valine          -    proline

-         cystine         -    glycine

-         alanine         -    histidine

-         leucine         -    glutamate

-         lysine           -    tyrptophan

-         tyrosine        -    isoleucine

-         methionine   -    Benzedrine

-         serine           -     asparagine

 

 

 

 

 

 

Alkaloid

Vitamin

 

Fosforus

Zink

Kalsium

Ferum

Kalium

 

 

 

 

 

 

Zat Galian

 

B 1

B 2

B 6

B 12

E

Mengenai Asid Amino

Asid Amino adalah komponen asas protein. Protein pula adalah satu-satunya zat dalam makanan kita yang mengandungi nitrogen. Ia bukan sahaja merupakan komponen utama dalam penbentukan tisu badan tetapi juga unsur utama dalam penstabilan dan pengubahsuain fungsi-fungsi biologi badan kita.

Asid Amino noleh dibahagikan kepada 3 kategori : Perlu, Separuh Perlu dan Tidak Perlu. Asid Amino dari jenis “Perlu” hanya wujud dalam makanan kita dan tidak boleh dihasilkan oleh badan. Daripada 8 jenis Asid Amino “Perlu” yang terdapat dalam makanan kita, 7 daripadanya boleh didapati dalam Guarana. Badan manusia boleh menghasilkan Asid Amino “Separuh Perlu’ dalam jumlah yang kecil dan terhad. Jika diperolehi dari makanan, ia akan membantu dalam tumbesaran badan. Terdapat 2 jenis Asid Amino “Tidak Perlu”. Sama ada Asid Amino Perlu, Separuh Perlu atau Tidak Perlu, kesemuanya meyumbangkan ke arah pembentukkan protein dan masing-masing mempunyai nilainya yang tersendiri.

Fungsi Asid Amino dalam badan Manusia

Apabila manusia memakan makanan yang mengandungi protein, system penghadaman akan menghadam dan mengasingkan protein kepada banyak jenis asid amino yang akan diserap ke dalam darah. Darah akan mengalir dan membawa asid amino tersebut ke seluruh badan. Sel-sel yang beraneka jenis yang ada dalam badan kemudiannya akan memilih asid amino yang diperlukan lalu membentuk tisu-tisu baru, antibody, enzim, hormon, sel-sel darah dan elemen-elemen lain.

Badan yang sihat memerlukan jumlah bekalan asid amino yang mencukupi. Guarana yang kaya dengan asid amino dapat membantu badan kita menerima jumlah asid amino yang cukup. Asid amino yang diserap oleh badan kita mempunyai fungsi-fungsi berikut:

  1. membaik pulih tisu
  2. menjana haba
  3. menghasilkan tisu baru
  4. membentuk lendiran badan
  5. mengekalkan paras oli yang seimbang dalam badan
  6. membantu elemen-elemen dalam badan untuk menyerap dan mengangkut
  7. membentuk protein plasma merah

Golongan remaja memerlukan jumlah protein yang paling banyak berbanding dengan kumpulan usia yang lain. Keperluan jumlah protein memuncak dalam lingkungan usia 16 hingga 19 tahun bagi budak lelaki, manakala budak perempuan dalam lingkungan 13 hingga 15 tahun. Setiap jenis asid amino memainkan peranan yang berlainan. Tanda-tanda atau simpton-simpton yang menggangu akan muncul jika badan kita kekurangan mana-mana satu jenis asid amino ini.

Fungsi Vitamin terhadap Badan Manusia dan simpton Kekurangan Vitamin

 

Vitamin merupakan sejenis unsur organic. Badan kita tidak dapat menhasilkan vitamin dengan sendirinya. Vitamin diperlukan untuk mengekalkan kesinambungan hidup : merangsangkan tumbesaran badan, mengawal protein, lemak, glukosa dan unsur-unsur lain. Ia juga diperlukan dalam proses metabolisma. Guarana mengandungi vitmatin-vitamin B1, B2, B6, B12, dan E. sekiranya badan tidak dibekalkan demean vitamin yang mencukupi, ia akan meyebabkan timbulnya anda-tanda fan simpton-simpton yang berikut:

Vitamin

Tanda dan simpton (jika kekurangan)

B1 

Denyutan jantung yang tidak lancar, sesak nafas, sembelit, rasa tertekan dan muram (dysthmic), lemah ingatan dan reaksi lambat.

B2 

Mata mudah silau, mudah keluar air mata, bengkak, gatal-gatal di soket mata, kulit berkedut dan luka-luka kecil di tepi mulut.

B6

Cirit-birit, bisul dubur, anemia, loya, kelemumur, gelegata di siku.

B12 

Darah gemuruh, pusingan haid yang tidak menetu, bau aneh yang tidak menyenangkan.

E

Anemia, prostate kembang, lekas tua, susutan otot.

Zat Galian

Zat Galian membentuk 5% dari jumlah berat badan kita. Ia merupakan unsur utama dalam pembentukan gigi dan tulang rangka badan. Ia memberi kesan terhadap keseimbangan PH badan, kecergasan rangsangan dan tarikan otot dan saraf dan keaktifan. Guarana mengandungi Kalsium, Besi, Kaliu, Zink dan Fosforus. Jika badan manusia menyerap jumlah zat galian secukup, tanda-tanda dan simpton-simpton yang berikut dapat dihindarkan.

Zat Galian

Tanda dan simpton (jika kekurangan)

Kalsium

Darah gemuruh, panas baran, sendawa, insomnia (susah tidur)

Besi

anemia (kurang darah), daya pemikiran kusut, lemah daya ingatan.

Kalium

Punguncupan otot dan tindak balas terganggu, kurang tenaga, bengkak (edema)

Zink

Fungsi hormon testosterone terganggu

Fosforus

Tumbesaran gigi dan tulang yang tidak sihat, osteoporosis, tulang rapuh, tidak ada selera makan.

Tanin

Guaran kaya demean Tanin. Tanin dapat memperbaiki badan, menguatkan fungsi kencing meneutralkan unsur-unsur asitik dalam darah, membersihkan usus, menghentikan cirit-birit dan menggalakkan pembekuan darah di tempat luka. Ia juga berguna untuk bengkak-bengkak (edema), penyakit kencing manis, cirit-birit,, sembelit dan system penghadaman. Jika Guarana digunakan  secara luaran, keupayaan menyerapkan dapat membersihkan lubang-lubang kulit dan menghapuskan bintikan merah (acne). Keupayaan mengecut pula dapat menolong mengecilkan lubang kulit menyebabkan kulit terasa halus dan lembut.

Enzim

Enzim adalah penggerak utama kesinambungan kehidupan. Enzim menolong metabolisma kerana badan manusia tidak boleh memproses zat-zat yang diserap untuk membentuk tisu yang baru. Enzim merupakan sejenis “pemangkin biologi” dan berada dalam sel-sel badan memangkin kadar tindak balas biokimia. Menurut Professor Hoshino, ketua Pusat Penyelidikan Enzim Mikrobiologi Jepun,beliau telah membuktikan bahawa enzim mempunyai keupayaan-keupayaan berikut:

  1. memperbaiki kualiti badan
  2. membersihkan darah
  3. menguatkan system penghadaman dan merangsang pencairan dan penyerapan.
  4. menguatkan system penghadaman dan fungsi penajaan semula.
  5. melengkapkan fungsi sel sepenuhnya
  6. meneutralkan unsure-unsur sacun dalam badan mengumuhkannya dari badan
  7. merangsangkan metabolisma sel.

Enzim diperbuat dari protein (satu tansformasi dari asid amino) dan ini dapat dihasilkan oleh Guarana. Protein, vitamin dan zat galian adalah amat penting kepada sel-sel badan.

Guarana membantu mencapai 15 jenis kesihatan

Zat-zat yang terdapat dalam Guarana mendatangkan kesan-kesan yang mengkagumkan dan telah memberi manfaat kepada mereka yang pentingkan kesihatan di seluruh pelusuk dunia. Secara ringkasnya, Guarana dapat menbantu mencapai 15 jenis kesihatan berikut: 

  1. Menghalang saluran darah jantung daripada tersumbat

·      Institut kardiologi Sao Paula menyatakan pada Persidangan Perubatan Antarabangsa (International Medical Conference) bahawa Guarana mempunyai kesan ke atas platelet darah. Ia dapat menghalangkan saluran darah dari tersumbat akibat pembekuan.

  1. memerangi Radikal Bebas

·        Radikal bebas dihasilkan dalam system saraf, system imun dan system aliran darah. Kadang-kadang radikal bebas ini boleh merosakkan struktur utama sel-sel badan. Menurut buku “Escola Paultsa Be Medieina,1991” karangan Dr. Calini, Guarana boleh menghalangkan radikal bebas dan mencegah berlakunya mutasi sel. 

  1. mengaktifkan sel-sel dan system saraf

·       sel-sel otak boleh menyerap asid amino yang terdapat dalam Guarana dengan mudah. Hasilnya dapat mempertingkatkan keupayaan otak, memperbaiki tahap kecerdikan, ingatan dan melambatkan penuaan sel-sel otak. Ia mujarab untuk merawat kesan-kesan yang timbul akibat saraf optic yang lemah dan juga angin ahmar. Ia juga dapat melegakan sakit kepala, sakit saraf, sakit sendi, lemah semangat dan simpton-simpton lain. 

  1. memperbaiki system penghadaman

·        Guarana mengandungi pelbagai jenis enzim yang dapat memperbaiki pergerakan perut dan usus, penghadaman dan penyerapan zat-zat makanan. Ia juga berkesan menghentikan sembelit dan cirit-birit. 

  1. melindungi hati

·        Guarana sentiasa mengaktifkan sel-sel hati untuk mencegahkan keracunan makanan, keracunan alcohol, pengerasan hati (cirhosis), asid lemak dan lain-lain. Ia juga berkesan bagi menghilangkan kesan peluh, jerawat, kepenatan, strok panas dan bau nafas. 

  1. menyegarkan

·        asid Benzedrin dan tryptophan mempunyai fungsi penyegaran yang hebat. Guarana adalah berbeza dari alkaloid kopi dan tea. Ia menghilangkan keletihan tanpa menyebabkan kesan sampingan dan ketagihan. 

  1. merendahkan kolesterol dan asid lemak

·        guarana boleh menguatkan dinding saluran darah, menghalang antherosclerosis, membersihkan ketumpatan darah, membaiki tekanan darah, mengimbangkan glukosa dan mencegahkan penyakti kencing manis. System penjanaan darah yang diperkuatkan dapat memperbaiki aliran darah, melegakan anemia dan menghindarkan kesejukan kaki dan tangan, pening, migrain dan keguguran rambut. 

  1. menguatkan system imun

·        penyelidikan oleh pakar menunjukkan unsur utama yang digunakan untuk menghasilkan antibody adalah protein. Dengan bertambahnya daya imun, kemungkinan diserang oleh virus akan berkurangan- sama seperti orang asli di Maues yang dapat hidup lama dalam keadaan lasak berbanding orang lain. 

  1. awet muda

·        Dr. Ana Aslan mendapati penduduk di Amazon yang memakan Guarana setiap hari tidak menghadapi masalah kulit yang kedut, bintikan merah (acne), mempunyai otot yang lebih tegang dan tidak menghadapi masalah tisu kulit berbentuk sarang lebah (phlegmon) dan lain-lain masalah yang berkaitan dengan penjagaan kulit.

·        Dr. Gomes menyatakan bahawa Guarana boleh merangsangkan hati untuk menghasilkan HDL yang dapat membantu membersihkan darah yang ada dalam arteri dari kolestrol, menghindarkan rasa lemah dan mengelakkan dari lekas tua.

·        Guarana merangsangkan metabolisma organ dalaman, menjadikan badan dan otak sentiasa dalam keadaan sihat. 

  1. air kencing

·        tanin berkesan untuk melawaskan kencing, menguatkan fungsi buah pinggang dan mencegah bengkak-bengkak. 

  1. menguatkan keupayaan seks

·        pakar rawatan seks, Dr. Aslan menyatakan “Unsur awet muda dalam Guarana sangat mengkagumkan dan sebab itulah saya tidak memerlukan preskripsi rawatan seks yang ada pada saya”

·        beberapa orang professor di Brazil dan Eropah sependapat bahawa Guarana mempunyai keupayaan untuk memperbaiki kekuatan badan dan keupayaan seks. Ini kerana ia mengandungi vitamin B1, zink dan arginin. 

  1. penjagaan kulit dan kosmetik

·        guarana apabila digunakan luaran, zat-zatnya akan meresapkan masuk menerusi kulit, menggalakkan metabolisma kulit, mengecutkan lubang kulit dan membuat kulit kelihatan lembut dan licin. 

  1. mengurangkan bengkak dan menghentikan pendarahan luaran

·        tanin berfungsi membekukan darah dan seterusnya dapat mencegahkan bengkak, bisul dan menggalakkan kadar penyembuhan yang cepat tanpa meninggalkan parut. 

  1. menghilangkan rasa lapar

·        untuk mengurangkan berat badan, memakan Guarana untuk jangka masa yang panjang membolehkan seseorang itu rasa ceria tanpa menyebabkan ketagihan kepada Guarana. 

  1. menguatkan badan

·        memberi lebih tenaga, lebih kuasa imun, minda yang cerdas, semangat yang lebih baik dan badan yang lebih sihat. Jika dimakan pada waktu malam, ia dapat menguatkan nafsu seks. 

Pada asasnya Guarana mempunyai 4 kegunaan yang utama: 

  1. menghasilkan minuman berkarbonet

·       tiga suku dariapda pengeluaran tahunan Guarana digunakan untuk menghasilkan minuman berkarbonet.Pengasingan ekstrak Guarana dari alcohol yang digemari ramai di Brazil. Pada tahun 1940, satu akta diluluskan mensyaratkan minuma Guarana mesti mengandungi sekurang-kurangnya 6% ekstrak Guarana. 

  1. Dikisar menjadi serbuk

·        Proses pengisaran Guarana adalah kompleks dan rumit. Dua hingga tiga bulan diperlukan untuk menyempurnakan proses pengisaran. Kaedah tradisional yang digunakan dan suasana alam sekitar yang unik seperti kelembapan dan keadaan cuaca yang hanya terdapat di Brasil melambatkan kerja pergisaran ini. 

  1. Perubatan

·        disebabkan kekayaan kandungan asid amino, alkaloid dan Tanin, Guarana telah digunakan secara meluas dalam bidang penyembuhan dan perubatan. 

  1. membuat barang-barang hiasan

·        tukang ukir Maues menghasilkan pelbagai jenis hasil seni dari Guarana. Tetapi seni kreatif ini sekarang hampir pupus ditelan zaman. 

Pilihan terbaik untuk anda 

Produk Guarana boleh dimakan terus atau dijadikan perisa makanan, menghasilkan hidangan makanan yang lazat dan menyihatkan. Guarana adalah buah semulajadi yang boleh dicampur adukkan dengan makanan lain tanpa menyebabkan kesan sampingan. Juga tidak ada sebarang pantang larang dalam penggunaannya. Namun, apa yang penting ialah kandungan zatnya yang tidak musnah jika dimasak pada suhu yang tinggi. Selain daripada boleh dimakan, Guarana boleh juga digunakan untuk menyembuhkan luka luaran ataupun untuk kosmetik muka sendiri. 

Kemujaraban Guarana yang menakjubkan ini memang benar tetapi selama ini terlindung di sebalik tabir basin Amazon yang mistik tanpa diketahui oleh dunia luar. Semua produk Guarana mengekalkan khasiatnya yang asli. Kerana itu Guarana adalah makanan sampingan yang mengandungi zat yang sangat tinggi dan amat berguna kepada manusia. 

Soal & Jawab 

1.                  Adakah keupayaan Guarana untuk melanjutkan usia sudah terbukti?

Ø      Keadaan hutan hujan tropika di Amazon memang tidak membolehkan penduduknya hidup lama. Purata jangka hayat penduduk di situ adalah dalam lingkungan 40 tahun saja. Tetapi suku kaum orang asli Red Indian di Maues, tempat di mana terdapatnya ladang Guarana, mempunyai jangaka hayat purata 80 tahun. Ini menyebabkan Maues masyhur di mata dunia sebagai bandar terdapat ramai penduduk panjang umur. Keajaiban yang ada pada Guarana membantu memujudkan keadaan ini. 

2.                  Apakah keunikan basin Amazon?

Ø      Sungai Amazon merupakan sungai yang kedua panjang di dunia. Sungai Amazon dan cabang-cabangnya meliputi satu kawasan yang luas. Amazon mempunyai hutan-hutan tropika yang luas dan kaya dengan alam flora dan fauna. Terdapat lebih kurang 300 jenis tumbuh-tumbuhan dalam setiap batu persegi. Sesetengah tumbuh-tumbuhan itu adalah sangat terkenal dan dijual di seluruh pelusuk dunia. Ini ialah kerana ramai orang telah mendapat manfaat daripada tumbuh-tumbuhan itu. mereka memperolehi badan yang sihat, menjadi lebih bertenaga dan jarang jatuh sakit. Sebab itulah, ramai ahli sains Eropah dan Jepun telah menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan penanaman tumbuh-tumbuhan dari Amazon. Tarian dan bola sepak Brazil di seluruh dunia. Brazil adalah sebuah Negara yang mempunyai penduduk bertenaga, bersemangat dan cergas. Imej-imej sihat ini ada kaitannya dengan manfaat dari makanan semulajadi Guarana, Propolis dan sebagai. 

3.                  Apakah fungsi utama Guarana?

Ø      Guarana mengandungi pelbagai jenis bahan galian, vitamin dan kaya dengan asid amino. Ia boleh mengurangkan keletihan, penjagaan kulit, melanjutkan usia, memberi tenaga kepada bahan dan merupakan satu sumber tenaga sepanjang masa. Guarana juga merupakan pembekal sampingan asid amino dan kumpulan vitamin B kepada pengamal makanan sayuran. Ia merupakan satu bekalan utama dalam musim panas sebab boleh menolong menghilangkan rasa dahaga, menolong penghadaman, melancarkan proses perkumuhan, mengelakkan strok akibat panas, dan menyamankan bau nafas. Selain daripada itu, untuk mereka yang perlu berdiri sepanjang hari, boleh menguatkan tenaga badan dan menggelakkan letih kaki. 

      4.                  Apakah jenis nutrien yang pengamal makanan  sayuran perlu beri perhatian?       

Ø      Pengamal makanan sayuran senang menghadapi masalah kekurangan vitamin. Oleh itu, mereka digalakkan lebih banyak memakan sayur atau buah yang mengandungi beta-karotin yang tinggi. Selain daripada itu, mereka perlu menambahkan bekalan vitamin-vitamin B dan asid amino yang boleh didapati dalam Guarana. Guarana adalah pembekal nutrien yang bagus kepada pengamal makanan sayuran. 

5.       Bagaimana Guarana menolong dalam penjagaan kulit?

Ø      Untuk tujuan menjaga kulit, selain daripada memakan Guarana setiap hari, serbuk Guarana boleh diadunkan dengan putih telur, air dan tepung gandum organic dan seterusnya kacau campuran adunan itu sehingga pekat. Sapu campuran ke atas muka yang telah dicuci selama 20-30 mimit. Kemudian basuh muka dengan air untuk menanggalkan sapuan campuran itu. 

6.              Adakah Guarana boleh menyebabkan ketagihan?

Ø      Guarana merupakan produk makanan semulajadi. Pengambilan Guarana untuk jangka masa yang panjang tidak akan menyebabkan kesan sampingan dan juga tidak akan menyebabkan seseorang itu ketagih.

 

|Home | Hubungi Kami | Stokis | Maklumbalas | Testimoni | Produk Kesihatan | Info Kesihatan | Pelan Pemasaran | Borang Keahlian |