Apakah Laman Web Elektronik Kerajaan Sabah?

Laman Web Elektronik Kerajaan Sabah ialah sebuah destinasi sehenti bagi memperoleh perkhidmatan kerajaan dalam talian dan maklumat. Laman Web EG Sabah membolehkan perkhidmatan awam mudah diakses pada bila-bila masa, di mana saja dan apa-apa cara. Ia bertujuan untuk mencapai pembaharuan pentadbiran dan membawa negeri lebih rapat pada warganegaranya. Inisiatif ini menyumbang masyarakat yang kaya dengan maklumat dan pengetahuan ekonomi.

Siapakah yang boleh akses Laman Web EG Sabah?

Sesiapa pun boleh akses Laman Web EG Sabah. Bagaimanapun, hanya kakitangan awam negeri Sabah yang mempunyai akaun pengguna kerajaan dibenarkan memasuki perkhidmatan aplikasi intranet dalam talian yang diberikan di dalam Laman Web EG.

Bagaimanakah saya menghantar soalan-soalan saya ke bahagian kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Sabah?

Anda boleh menghantar soalan-soalan anda secara langsung kepada kementerian masing-masing, jabatan-jabatan dan agensi-agensi sama ada dengan telefon, faks atau e-mel. Butir-butir hubungan Kementerian, Jabatan dan Agensi disenaraikan di bawah direktori dalam Laman Web EG Sabah.

Bagaimanakah saya mencari perkhidmatan/maklumat disediakan oleh kementerian, jabatan/agensi tertentu?

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan atau maklumat Kementerian, Jabatan dan Agensi kerajaan masing-masing di halaman Direktori dalam Laman Web EG Sabah.

Dimanakah saya boleh mencari senarai cuti am negeri Sabah?

Laman Web EG Sabah mempunyai satu senarai cuti am untuk Sabah di bawah kalendar. Kalender juga mempunyai satu penyenaraian acara-acara yang dikumpul daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi.

Bolehkah saya memohon pekerjaan dengan kerajaan negeri Sabah dalam talian?

Ya. Anda adalah diperlukan untuk menyiapkan borang permohonan pekerjaan dalam talian yang disediakan dalam laman web ini dan mengemukakannya dengan menekan butang Hantar.

Bagaimanakah saya mengetahui jawatan-jawatan kerja yang boleh didapati?

Peluang-peluang kerja semasa kerajaan negeri sabah boleh didapati di bawah Perkerjaan dalam Talian. Anda boleh melihat jawatan-jawatan kerja yang kini terbuka, kelayakan pemohon, huraian-huraian kerja dan julat gaji untuk setiap pekerjaaan.

Bagaimanakah saya membuat aduan mengenai perkhidmatan dihantar oleh Kerajaan?

Anda boleh mengemukakan aduan anda dengan menggunakan borang Pengaduan Awam dalam talian dengan memberi maklumat anda yang lengkap dan tepat.

Apa harus saya lakukan jika tidak dapat mencari maklumat/perkhidmatan yang saya perlu dalam Laman Web EG Sabah?

Jika anda tidak dapat mencari maklumat atau perkhidmatan yang anda perlu, sila hubungi IT Advancement Unit Negeri Sabah, Kementerian Pembangunan Sumber dan IT atau e-mel kepada webmaster@sabah.gov.my.